Memang banyak cerita, satu jam 30 minit, di pejabatnya Kg Attap, Kuala Lumpur Azeez bercerita sambil tunjukkan satu persatu, dari lakaran kejadian, hingga ke senarai nama puluhan yang mohon ikut serta.
“Kalau tak boleh bagi manafaat, jangan bawa mudarat” katanya meluah perasaan geram dengan perangai pembangkang yang tunggu orang buat silap saja untuk kritik.
“Saya cadangkan selepas ini marilah Kit Siang, Anwar Ibrahim, Mat Sabu, Malaysiakini, Malaysia Insider mari ikut saya sekali, saya hendak bawa, bulan 10 ini saya hendak ke Somalia lagi, atas nama semangat Malaysia, bukan atas nama parti.“
“Kalau berani, telefon pejabat saya, daftar nama, saya bawa, tengok kita pergi buat kerja atau cari publisiti murahan. Itu kalau beranilah,” katanya.
Sebelum itu, kami berbual panjang, ramai rakan-rakannya turut serta, dalam pertemuan lebih lebih 95 minit itu.
Walaupun teruk kena bamboo dengan pembangkang, kata Azeez, “Saya tak hairan, teguran dan kritikan yang membina, saya ambil jadikan panduan, tapi jenis yang sengaja cari salah ini, saya tak peduli, saya akan terus juga bekerja untuk misi-misi kemanusian akan datang, biar apapun orang kata,”jelasnya.
Ikuti sedutan temubual Datuk Azeez Rahim dengan Agendadaily :
Macam mana idea hendak hantar bantuan kemanusian Somalia?
Ia bermula dengan bila pihak pengurusan Media Prima buat tabung untuk bantu mangsa kebuluran kerana kemarau yang panjang di Somalia hingga menjejaskan kehidupan ratusan ribu penduduknya.
Sebelum itu kita sudah hantar pasukan recce team, ke sana dan dapat semua maklumat, bila balik ke mari mereka beri laporan kepada saya dan saya panjangkan laporan ini kepada Tun DrMahathir, Datuk Ahmad Talib dan Mercy Malaysia.
Memandangkan kita (Kelab Putera 1Malaysia) ada pengalaman, kita menawarkan diri untuk ke sana. Saya tahu dalam semua misi kemanusian yang telah kami jalankan, misi yang ke 15 ini adalah yang paling bahaya sekali.
Bila saya beritahu kata ini misi kemanusian paling bahaya, ironinya inilah misi yang paling ramai orang menawarkan diri untuk bersama-sama.
Pada mulanya 173 orang menawarkan diri, kemudian kita tapis tinggal 95 orang, kami hadapi masalah yang besar hendak buang nama-nama mereka ini, sebab semua bersungguh-sungguh nak pergi.
Padahal saya sudah beritahu, tidak ada satu sen pun akan dapat, insuran pun tak ada, hangpa kena sain indemnity letter (surat pelepasan), bahawanya anda tak boleh claim apa-apa…
Sain masa itu sebelum pergi?
Ya semua sain, yang sain saja 93 orang hendak pergi. Kemudian saya terpaksa tapis lagi nama-nama ini, waktu itu sepatutnya kita dapat kapal terbang MAS, tapi oleh kerana last minute, MAS pun tak dapat, kita minta bantuan Angkatan tentera Malaysia (ATM) yang bagi kelulusan guna pesawat Charlie.
Hari terakhir sebelum berlepas pada 27 Ogos saja, ada 74 orang yang ada dalam senarai, sampai saya sendiri bermasalah hendak buang nama siapa, sebab semua bersemangat.
Media 20 orang, doktor 30 orang, tengok Cina berapa ramai (sambil tunjuk senarai) dan sukarelawan 24 orang, sedangkan ATM sudah tetapkan hanya 40 orang.
Sampai satu peringkat, saya merayu supaya ada antara 74 ini tarik diri, tapi tak ada siapa mahu tarik diri. Mereka tahu ini amat bahaya, tapi masih hendak pergi.
74 orang ini tidak tarik diri sampai hari terakhir dan mereka datang ke air port, dan balik dengan hati yang hancur sebab tak dapat pergi.
Saya cakap mereka tak percaya, tapi bila ATM yang cakap, mereka terpaksa akur, Sampai di Maldives, saya buka telefon, masuk sms, “sampai hati Datuk buat saya macam ini,”.
ATM tanya, hendak bawa barang banyak atau hendak bawa orang banyak, saya kata nak barang banyak. Kita nak bawa bantuan makanan bukan nak pergi bercuti.
Hanya 30 tan dibenarkan dengan 40 orang, itu maksimum. Tolak campur-tolak campur, last sekali dilepaskan 48 orang campur yang sudah pergi tujuh orang yang naik commercial flight jadi semua 55 orang.
Tujuh orang itu pasukan peninjau team yang pergi empat hari sebelum kami pergi. Mereka sampai ke Somalia pada 26 Ogos, mereka berjumpa dengan Presiden kerajaan peralihan Somalia Sheikh Shaarif Sheikh Ahmad.
Team ini dipanggil mengadap, dan Presiden Somalia arahkan dua timbalan menteri kerajaan dia untuk menjadi pegawai pengiring misi kemanusian Malaysia ini. Seorang timbalan menteri kesihatan dan seorang timbalan menteri perikanan.
Jadi apabila kami sampai di airport, timbalan ketua polis negara, timbalan pemerintah tentera dan wakil kerajaan tunggu kami untuk beri taklimat.
Untuk misi kemanusiaan Malaysia ini, kita diberikan dua tempat, satu hotel dan satu lagi kem yang menempatkan tentera dan doktor Australia tinggal di situ.
Lebih menarik lagi, Allalhyarham Noramfaizul Mohd Nor TIDAK SEPATUTNYA PERGI, nama yang kita dapat dari Bernama TV, bukan Noramfaizul, bukan Khairul Anuar Yahaya (wartawan Bernama TV).
Nama yang kita dapat adalah wartawan Noor Farhana dan jurukamera Nur Ain Shafinas (sambil menunjulkan faks dari Bernama TV bertarikh 24 Ogos)
Bila nama dua wakil Bernama TV ini naik, Allahyarham telah datang ke pejabat saya pada 26 Ogos, buat bising, kata budak yang nak pergi ini tak ada pengalaman, budak muda, saya ini ada kursus, saya dah ikut pergi Gaza, Pakistan, Christchurch.
Staf-staf saya beritahu, saya tak mahu percaya pada staf, saya panggil Allahyarham masuk bilik, arwah kata, “Apa cerita Datuk, patut saya pergi, saya ada pengalaman, budak-budak itu tak ada..,”
…………………. Cerita SELANJUTNYA di AGENDADAILY