Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty, Eric Paulsen yang mendakwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempromosikan fahaman ekstremis di negara ini ditahan di Brickfields, di sini malam ini.
Oleh kerana dah lewat malam, @PDRMsia akan mohon utk remand Eric Paulsen esok
— Khalid Abu Bakar (@KBAB51) January 12, 2015
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui laman sosial Twitternya mengesahkan penahanan itu dengan berkata: “@PDRMsia baru sahaja menangkap Eric Paulsen di Brickfields.”
ERIC PAULSEN DITANGKAP: KPN @KBAB51 mengesahkan Eric Paulsen telah ditangkap di Brickfields sebentar tadi. pic.twitter.com/KTesa6itvh
— Polis Diraja M'sia (@PDRMsia) January 12, 2015
Sebelum ini, Khalid berkata, Paulsen akan disiasat mengikut Akta Hasutan 1948 kerana mendakwa Jakim mempromosikan fahaman ekstremis di negara ini.
“Kenyataan sebegini memang wajar kita siasat mengikut Akta Hasutan,” katanya melalui laman sosial Twitter.
Paulsen dipercayai membuat catatan di akaun Twitternya berkata:“Jakim sedang mempromosikan ekstremisme setiap Jumaat. Kerajaan perlu menanganinya jika serius mahu banteras ekstremisme di Malaysia.”
Siang tadi Paulsen membuiat laporan polis mendakwa mendapat ugutan ekoran kritikannya itu.