KUBANG PASU – Jenazah pelajar perempuan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang yang dikelar sehingga mati di Kilometer 228.2, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Bukit Gantang semalam dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cheruk Mokkan, Napoh dekat sini kira-kira pukul 11 pagi tadi.
Terdahulu, jenazah Nursyuhada Johari, 20, disolatkan di Masjid Kampung Cherok Mokkan kira-kira pukul 10 pagi.
Jenazah dituntut keluarga mangsa kira-kira pukul 2 pagi tadi setelah selesai bedah siasat di Hospital Kuala Kangsar, Perak.
Dalam kejadian semalam, Nursyuhada pelajar UiTM Permatang Pauh turut ditikam di beberapa bahagian badan sehingga menyebabkannya parah sebelum meninggal dunia ketika dirawat di hospital berkenaan.