- Angka 90% yang disebut dahulu disebut untuk mempengaruhi pemilik tanah?
- Permainan angka yang jelas satu penipuan menunjukkan Khalid Samad seorang yang tidak boleh di percayai.
Isu pembangunan Kampung Baru kembali menjadi persoalan apabila mantan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad mengeluarkan satu ciapan melalui twitter rasmi miliknya hari ini yang mengatakan bahawa Perbadanan Kampung Baru (PKB) telah mendapat persetujuan lebih 60 peratus pemilik. [1]
Peratusan terbaru yang dikeluarkan itu amat mengejutkan kerana ketika bergelar Menteri Wilayah Persekutuan, beliau sendiri pernah menyatakan kira-kira 90 peratus pemilik tanah bersetuju dengan tawaran RM850 bagi setiap satu kaki persegi oleh kerajaan. [2] [3]
Persoalan yang timbul sekarang, kenapa dua angka peratusan yang diumumkan oleh Khalid Samad adalah berbeza?
Yang pertama diumumkan sebanyak 90 peratus dan terkini cuma lebih 60 peratus. Peratusan manakah yang tepat dan boleh dipercayai?
[1]
https://twitter.com/KhalidSamad/status/1246242144974598144?s=08