Penceramah DAP, Hew Kuan Yau, yang lebih dikenali sebagai “Superman”, menyamakan Mahathir Mohamad sebagai “keris” yang boleh digunakan untuk menumbangkan UMNO pada PRU 14.
Menulis dalam bahasa Cina di Facebook miliknya, Hew meletakkan imej keris sambil memetik pepatah Cina yang berbunyi “Jika ingin menjalankan tugas, anda perlu mengasah peralatan anda”.
Lihat disini: https://www.facebook.com/KuanYauHew/photos/a.161291173955719.42955.153107664774070/1429017817183042/?type=3
Hew berkata untuk menghapuskan UMNO di kawasan luar bandar, “kuda tua” adalah senjata paling tajam yang sesuai digunakan.
Lihat disini *Hew courts controversy again with Dr M-keris simile* http://www.thestar.com.my/news/nation/2017/07/26/hew-courts-controversy-again-with-dr-m-keris-simile/
“Ingatlah bahawa kuda tua boleh menjadi alat terhadap Najib,” tulisnya yang merujuk ‘kuda tua’ itu kepada Mahathir dimana nama ‘Ma’ ‘马’ yang berbunyi kuda dalam bahasa Cina
Posting terbaru Hew mengingatkan kontroversi yang beliau sampaikan dalam ceramah semasa pilihan raya negeri Sarawak, apabila beliau mengeluarkan kata-kata “skrew orang Melayu”.
Lihat video disini: https://youtu.be/jMOX7o97pOE
Hew, yang ketika itu berada di Kuching, telah meminta pengundi untuk menyokong calon DAP Abdul Aziz Isa, supaya parti itu dapat menggunakan orang Melayu untuk menyerang orang Melayu.
Dalam posting Facebook, Hew mendakwa orang Cina yang marah apabila DAP mengangkat Dr Mahathir sebagai ketua Pakatan Harapan adalah orang bodoh yang tidak faham strategi parti.
“Menggunakan orang tua UMNO untuk membunuh orang UMNO hari ini adalah strategi Pakatan paling tinggi,” katanya.
Posting beliau menarik banyak komen sokongan dari pengikut beliau terutamanya Cina.
——-
*Hew courts controversy again with Dr M-keris simile* http://www.thestar.com.my/news/nation/2017/07/26/hew-courts-controversy-again-with-dr-m-keris-simile/
*Melayu jadi skrew DAP untuk skrew Melayu dapat undi Melayu*
https://youtu.be/jMOX7o97pOE
*[Video] Game Terakhir Mahathir Kata Superman DAP* https://pakdin.my/video-game-terakhir-mahathir-kata-superman-dap/