Ada orang yang menerima rasuah untuk menghentikan siasatan?
Bagaimana pula dengan orang-orang memberi rasuah? mereka juga bersalah?
Dan mengapa membayar begitu banyak – sebanyak RM22 juta – dalam usaha untuk menghentikan siasatan jika tiada rasuah?
Sekiranya RM22 juta sanggup dibayar untuk menghentikan penyiasatan maka pastinya perbuatan rasuah lebih besar, berkali ganda lebih besar daripada RM22 juta?
Artikel ini mendedahkan siapa yang menerima sogokan RM19 juta dan bagaimana orang ini biasanya beroperasi dengan menggugurkan tuduhan.
Azeez Ahli Parlimen UMNO berkata beliau tidak mendapat apa-apa bayaran RM3 juta dan tidak ada perjanjian dengan syarikat itu. Adakah kemungkinan ahli perniagaan yang menerima sogokan RM19 juta telah menggunakan namanya?
Kenapa ahli perniagaan yang tidak dikenali menerima RM19 juta tetapi kononnya MP UMNO hanya menerima RM3 juta? Tak masuk akal.
Ia juga membuktikan bahawa siasatan SPRM serta kenyataan Timbalan Presiden MCA Wee Ka Siong mengenai projek itu tidak bermotivasi politik seperti yang didakwa oleh DAP dan Tokong.