Kejayaan usul menggugurkan speaker Dewan Rakyat hari ini dianggap sebagai tanda kejayaan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapat sokongan daripada majoriti ahli parlimen.
Ini sekali gus bermakna jika ada usul tidak percaya dikemukakan terhadapnya oleh pembangkang, iaitu PH dan Warisan kemungkinan besar ia akan menerima nasib yang sama.
Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof tersingkir daripada jawatan speaker Dewan Rakyat dengan perbezaan hanya dua undi.
Dalam undi belah bahagi, sebanyak 111 daripada 222 anggota parlimen mengundi menerima usul Perdana Menteri manakala 109 anggota parlimen menolaknya.
Timbalan speaker Datuk Rashid Hasnon yang juga anggota parlimen Batu Pahat tidak mengundi kerana mempengerusikan sidang berkenaan yang dijangka memang panas.
Ariff akan digantikan oleh bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan Harun.
Perkara berkenaan diumumkan Timbalan Speaker Rashid Hasnon.
BACA JUGA: