Home / :: BLOG :: / Syarikat kroni Mahathir tidak akan muflis kerana Najib tinggalkan simpanan yang besar
Syarikat kroni Mahathir tidak akan muflis kerana Najib tinggalkan sumpanan yang besar

Syarikat kroni Mahathir tidak akan muflis kerana Najib tinggalkan simpanan yang besar

#FaktaBukanAuta #DosaDosaMahathir #MalaysiaMemilih #PenyamunForex

Agak menggelikan hati bila Perdana Menteri Mahathir mengakui bahawa Malaysia tidak akan muflis kerana mempunyai simpanan yang besar seperti KWSP dan institusi lain (saya rasa dia maksudkan Petronas).

Mahathir cakap seolah-olah sebelum Pakatan Harapan menang pilihanraya dan membentuk Kerajaan, KWSP mempunyai simpanan yang kecil.

Ini juga bukti bahawa tuduhan wang KWSP disonglap atau disalahguna oleh Kerajaan sebelum ini tidak berasas.

Simpanan atau caruman KWSP meningkat setiap tahun:
???????? ???? ??????? ???? ????????? ?????? ?????:

2010: RM407.6 billion
2011: RM445.9 bilion
2012: RM489.3 bilion
2013: RM538.6 bilion
2014: RM598.6 bilion
2015: RM614.2 bilion
2016: RM704.3 bilion
2017: RM768.5 bilion

Sebahagian simpanan ini dilaburkan di dalam hutang (bon) Kerajaan kerana aset seperti bon Kerajaan mempunyai risiko yang sangat rendah dan menjamin pulangan yang konsisten kepada Kerajaan.

Jumlah pelaburan KWSP di dalam hutang (bon) atau sekuriti kerajaan adalah:
?????? ????????? ???? ?? ????? ?????? (???) ???? ???????? ???????? ??????:

2010: RM118.5 bilion
2011: RM124.6 bilion
2012: RM131.7 bilion
2013: RM145.8 bilion
2014: RM151.8 bilion
2015: RM163.5 bilion
2016: RM163.5 bilion
2017: RM187.7 bilion

Daripada pelaburan di dalam hutang kerajaan ini, KWSP menerima pendapatan stabil dan konsisten setiap tahun berbanding pasaran saham yang tidak menentu (volatile). Jadi apabila pasaran saham tidak memberangsangkan, KWSP tetap menerima pulangan daripada hutang kerajaan melalui faedah yang dibayar setiap tahun (2 tahun sekali).

Sebab itu saya kata bila Tabung Harapan diwujudkan untuk mengutip sumbangan bagi tujuan membayar hutang negara sahaja, ianya sesuatu yang tak logik dan tak masuk akal kerana anda menyumbang wang untuk membayar hutang negara kepada diri anda sendiri melalui dividen yang dibayar KWSP setiap tahun.

Tetapi agak menggerunkan juga bila teringat simpanan-simpanan seperti ini digunakan untuk menyelamatkan (bail out) kroni dan keluarga seperti yang berlaku 20 tahun lepas seperti Petronas melalui MISC yang menyelamatkan Konsortium Perkapalan Berhad milik anak Mahathir, Mirzan dan juga KWSP yang digunakan untuk menyelamatkan Time Dot Com, syarikat LRT yang asalnya milik kroni.
http://pakdin.my/?s=Mahathir+kroni
http://pakdin.my/najib-jangan-jarah-dana-petronas-atau-bagi-misi-bail-outs/

??????? ???????? ????????, ??????? ?????????? ??? ??? ????? ????? ???????? ????? ??? ????-??????? ?????? ???? ?????? ?????? ???? ????????? ???????? ???? ??????. ?

Rujukan:

1. Dr Mahathir kata Malaysia tak akan muflis di bawah Pakatan – The Malaysian Insight:
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/53983

2. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja – Bank Negara Malaysia:
http://www.bnm.gov.my/files/publication/msb/2018/4/xls/5.3.xls

3. MISC to Pay $220 Million Price For Assets From Mahathir’s Son – Wall Street Journal:
https://www.wsj.com/articles/SB893957144672200500

Sumber:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10215979736984271&id=1173231958

(Visited 28 times, 1 visits today)

Artikel berkaitan

20 comments

  1. Nash Ronninesix

    hahaha…. yg muflis pon boleh sambung buat job billion² nanti.. kantung negara mmg tengah penuh lagi tu.. masih mampu disebat musibat.

  2. Izhar Ali

    Biasa lerrr madey kutty kan pm uturn

  3. Lan Kuntau

    30 hari berkuasa tetiba jumpa duit banyak, nak claim letu, muka bugima dia betul. Sebiji.

  4. Shukri Noh

    Dlu dok sebok canang malaysia bankrup…la ni x pulak..cepat btl u-tun..terserlah lah tuduhan selama ni y ngra akn bankrup n sbgi nya hnya fitnah utk mng n jnji tingal jnji..peh hancing

  5. Dorre Jali

    pkr kata nk siasat tun m bila berjaya bentuk kerajaan,macam takde je

  6. Syafa Syafika

    Ari tu kemain lg melalak dok canang satu dunia Msia nak muflis. Alih2 banyak plk duit nya… amende la…??

  7. Mohd Azrie

    Jangan la kutuk tun die kan berpandangan jauh …org dah umor mcm die dah hadap kiblat takut besok lusa nama naik ….dia sibuk nak bayar hutang negara konon lepas tu kroni anak2 kaya raya….hutang die kat rakyat die tak ingat sejauh mata memandang byk nye ni mengencing lagi……

  8. Jibrill Samdin

    Dh min
    Mlm ni piala dunia
    Cite bola skrg

  9. Duchess Spain

    Akmar Hisham Mokhles
    Johari Abdul Ghani
    Umno Negeri Sembilan
    Lim Guan Eng

  10. Liza Sofia

    Klu tarah lama habis cari dana bangang.ekonomi DsNajib pandai lah.dulu dia tak ckp takut pelabur lari skrg klu bangkrap mandey salah lah.kan bskl jatuh tu.pelabur lari.

  11. Liza Sofia

    Bayar hutang gi jepun buat hutang.dia dua tahu berambus dah raayat gak bayar 40 tahun.jadi 150 bilion.pinjam 50 bilion.tambah hutang.tu tahu nya.

  12. Liza Sofia

    Org rasyat kutuk DsNajib pencuri mandey ajar tu ds tinggal duit banyak dia tak ambik pun..banyak lak tu.apa ds buat semua tak nampak.raayat tahu kutuk je.skrg rasa lah bagi duit kat ph.pada hal duit banyak.

  13. Dorre Jali

    2 la kalau keje nye nk memfitnah je,makan diri balik je

  14. Moli Nismilan

    Kejap bangkrap kejap ok…pening aku…ada chance sakau duit Petronas…

  15. Zafri Khalis

    Tk pa lepas ne leh beli asset petronas..lak..

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.