PILIHAN RAYA UMUM 2022

[VIDEO] PRU-15: Zahid, PM adakan pertemuan khas dengan 191 Umno bahagian

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengadakan perjumpaan khas bersama 191 bahagian Umno...
[VIDEO] PRU-15: Zahid, PM adakan pertemuan khas dengan 191 Umno bahagian Zahid Hamidi, Pilihan Raya Umum, PRU-15,Perdana Menteri, UMNO, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengadakan perjumpaan khas bersama 191 bahagian Umno hari ini. Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata pertemuan tersebut akan berlangsung di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Kuala Lumpur. Dia diminta mengulas jika pertemuan terbabit dibuat mengenai desas-desus pilihan raya umum ke 15 (PRU). “Benda baik-baik sahaja,” jawab Ahmad Maslan ringkas. Jelasnya, pertemuan hari ini membabitkan lebih 700 perwakilan yang hadir merangkumi Ketua Bahagian, Ketua Pemuda, Ketua Wanita dan Ketua Puteri dari setiap bahagian Umno. https://youtu.be/jMRw6XqCxWA “Perdana Menteri akan memberi ucapan kemudian ucapan oleh Presiden, itu sahaja sebenarnya,” katanya ketika ditemui pemberita di WTC Kuala Lumpur. Ahmad Maslan turut memaklumkan sidang media akan diadakan selepas pertemuan itu selesai. Terdahulu, Ahmad Zahid tiba di WTC sekitar jam 2.37 petang diiringi Timbalan Presiden parti, Mohamad Hasan dan Bendahari Agung BN, Hishammuddin Hussein. Sementara itu, Perdana Menteri, Ismail Sabri merangkap naib presiden Umno pula tiba pukul 2.40 petang tadi. Pada 30 Sept lalu, setiausaha agung Umno memberitahu perdana menteri akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran parlimen tahun ini kepada Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan.
PILIHAN RAYA UMUM 2022

[VIDEO] PRU15: PAS bebas guna lambang sendiri jika bersama BN kata Zahid Hamidi

“Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi menegaskan bahawa PAS perlu segera memutuskan kerjasamanya dengan Perikatan Nasional (PN)...
PILIHAN RAYA UMUM 2022

[VIDEO] PRU15: GRS setuju sokong calon BN, kata Zahid

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersetuju menyokong semua calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata...
PILIHAN RAYA UMUM 2022

[VIDEO] MKT UMNO mahu Parlimen bubar dalam masa terdekat, PRU15 tahun ini

MESYUARAT Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno pada malam Jumaat mencapai ketetapan untuk Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat bagi...
PILIHAN RAYA UMUM 2022

Menteri BN dalam kerajaan dikelilingi ‘musuh dalam selimut’, kata Zahid

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Mahiaddin Md. Yasin tidak perlu beria-ia sangat mengumumkan Barisan Nasional (BN) musuh...
PILIHAN RAYA UMUM 2022

[VIDEO] Laungan ‘bubar’ desak PM segerakan PRU

Laungan “bubar” bergema di Stadium Titiwangsa ketika Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob memulakan ucapan sempena pelancaran jentera Pemuda...
PILIHAN RAYA UMUM 2022

PRU15 sebelum Disember, PM beri komitmen bukan tahun depan, kata Tok Mat

Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan diadakan tahun ini memandangkan Perdana Menteri...
PILIHAN RAYA UMUM 2022

9 negeri siap sedia masuk PRU15, kata Tok Mat

Jentera Barisan Nasional (BN) di sembilan negeri sudah bersedia berdepan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) dengan Johor berada...
PILIHAN RAYA UMUM 2022

Tok Mat cadang PRU15 pada Oktober atau awal November

Awalkan pembentangan bajet pada minggu pertama bulan Oktober. Banjir pun dijangka belum lagi berlaku pada waktu itu...
PILIHAN RAYA UMUM 2022

BN Ampang tolak kerjasama dengan Zuraida, PBM

Naib Ketua Umno Ampang memaklumkan hanya calon dari BN sahaja akan disokong di Ampang bagi menghadapi PRU15. ...

Terkini

[VIDEO] SPRM siasat ‘sedekah’ ketika PRU15, jejaki 90 pengundi

Geng Broker baru keluar gua

[VIDEO] Akujanji calon palsu: Setpol Shamsul Anuar lapor polis

[VIDEO] PRU 19 Nov, penamaan calon 5 Nov

#PRU15: MIC kekal bertanding di Parlimen Hulu Selangor

Popular

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara