Perhimpunan Pengebumian Institusi Peguam Negara di hadapan Sogo di Kuala Lumpur kecoh apabila kumpulan busker di depan pusat membeli-belah itu dilihat sengaja mencetuskan provokasi kerana enggan memperlahankan pembesar suara.
Perhimpunan yang dihadiri kira-kira 300 orang bermula jam 9 malam itu berjalan lancar sementara menunggu Pengerusi Pemantau Malaysia Baru (PMB), Datuk Lokman Noor Adam selesai membuat laporan polis.
Sebaik beliau sampai dan ingin memberikan ucapan, busker tersebut ‘sengaja’ menguatkan pembesar suara peralatan muzik dan nyanyian mereka.
Lokman memberi masa kepada pihak polis untuk meminta busker tersebut memperlahankan muzik, namun tiada perubahan dan muzik semakin kuat dibunyikan.
Lokman membuat keputusan untuk berarak ke depan IPD Dang Wangi untuk mengadakan sesi sidang media, namun ia dihalang pihak polis dan tercetus kekecohan.
Kekecohan berterusan selama 20 minit kerana halangan keras daripada pihak polis yang turut bertindak mengoyak laporan polis dan mematahkan ‘mic’ yang digunakan pihak penganjur.
Persoalannya, siapakah pihak yang berada dibelakang busker tersebut sehingga berani bertindak sedemikian (menguatkan pembesar suara) dan mengapa polis begitu ‘tegas’ sedangkan sebelum ini tidak akan berlaku pergelutan melainkan peserta demonstrasi membuat provokasi kepada pihak polis.
Adakah permintaan Lokman untuk berarak ke IPD Dang Wangi itu dianggap sebagai provokasi sedangkan pihak penganjur telah meminta jasa baik busker memperlahankan muzik mereka dengan bantuan polis.
Lokman semasa ditemui media melahirkan rasa kecewanya terhadap pihak polis yang bertindak sedemikian.
“Berpuluh demonstrasi kita pergi, kebiasaannya pihak polis akan meminta beberapa orang peserta sahaja untuk pergi (ke balai dan buat sidang media), tapi tadi tidak buat begitu. Jika SOP itu dilaksanakan, pasti tiada kekecohan.
“Mereka memulakan bicara dengan menuding jari dan menggunakan nada suara yang tinggi. Saya bukan malaikat, saya juga tidak dapat perasaan. Laporan polis saya dikoyak…ini sejarah, biasanya saya yang koyak laporan polis, tapi malam ini, sebaliknya,” katanya
Ujar Lokman lagi, di zaman undang-undang rimba yang dipertahankan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad bukan kepimpinan PH sahaja melakukan perkara ‘kejam’ tetapi segelintir anggota polis juga sudah bertindak sedemikian rupa.
“Siri perhimpunan seterusnya, saya harap pihak polis menempatkan pegawai yang lebih berpengalaman untuk mengendalikan perhimpunan aman, lebih profesional dan bukan yang senang-senang nak tengking rakyat,” katanya.
Perhimpunan tersebut diadakan bertujuan untuk mendesak Peguam Negara (AG), Tommy Thomas meletakkan jawatannya kerana dilihat menyalahgunakan kuasa dengan menarik diri terhadap beberapa kes yang melibatkan pemimpin PH.
Sebelum ini, Tommy telah menarik diri daripada semua pertimbangan berhubung kes rasuah bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan menerima prinsip konflik kepentingan yang diguna pakai terhadapnya.
https://youtu.be/QtZa4AYJdNA
………
https://pakdin.my/tag/peguam-negara