SHAH ALAM, 1 Mac – Seorang pengurus akaun yang bekerja di sebuah bank di Bandar Baru Klang telah dihadapkan di Mahkamah Sesyen Shah Alam pagi tadi atas tuduhan melakukan 21 kesalahan pecah amanah yang melibatkan kerugian hampir setengah juta.
Tertuduh Nik Ariza binti Nik Aris, 33 tahun yang bekerja sebagai pengurus akaun primier telah melakukan kesalahan itu dengan meniru tandatangan milik seorang pemegang akaun primier bank tersebut dan mengeluarkan wang dari akauan berkenaan sejak Mac 2010 sehingga Mac 2011.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM40 ribu dan menetapkan pada 3 April 2013 untuk sebutan kes.