KENYATAAN MEDIA
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PERKEMBANGAN SIASATAN KES SRC INTERNATIONAL DAN DANA RM2.6 BILION
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengambil keterangan daripada YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, 5 Disember 2015 berhubung isu SRC International dan dana RM2.6 bilion.
Pertemuan hari ini berlangsung selama dua setengah jam. Perdana Menteri telah memberi kerjasama yang baik kepada SPRM.
SPRM akan memaklumkan perkembangan susulan dari semasa ke semasa.
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
5 DISEMBER 2015