Di peringkat parti, MCA sememangnya sudah bersiap siaga.
Semalam dalam pertemuan dengan Pengerusi MCA Bahagian Tanjung Piai, Dato Sri Wee Jeck Seng, beliau telah menyatakan komitmen untuk menggerakkan jentera parti.
Jeck Seng akan mengetuai jentera di peringkat bahagian manakala Timbalan Pengerusi MCA negeri Johor, Datuk Lim Pay Hen akan mengetuai jentera peringkat negeri. Jentera PRK di peringkat pusat pula akan diketuai oleh Timbalan Presiden MCA Dato’ Dr Mah Hang Soon sambil dibantu Setiausaha Agung, Chong Sin Woon.
Saya diasak oleh pemberita yang bertanyakan sama ada MCA akan meletakkan calon atau tidak. Namun saya kekal dengan pendirian bahawa soal calon ini akan diumumkan setelah keputusan secara kolektif menerusi Dewan Tertinggi Barisan Nasional dicapai.
Pagi tadi saya ada berjumpa dengan Pengerusi BN iaitu Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan kami akan memastikan BN merampas semula kerusi Tanjung Piai dalam PRK kali ini.
Siapa pun calonnya, ia akan ditentukan secara kolektif oleh Dewan Tertinggi Barisan Nasional. Apa yang pasti, BN akan bertungkus-lumus untuk menawan Tanjung Piai!
Tonton ‘live video’
[LIVE] 国阵启动补选SOP全力赢回丹绒比艾 BN unveils by-election SOP to retake Tanjung Piai
[LIVE]
马华中委会会议后记者会,由总会长 魏家祥主持。
Press conference after the MCA CC meeting chaired by President Datuk Seri Wee Ka Siong.Posted by 马华公会 MCA on Thursday, September 26, 2019