Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada Jumaat mengemukakan permohonan maaf terhadap Sultan Johor, Tunku Ibrahim Ismail berhubung kenyataannya yang mendakwa Johor sebagai negeri yang tidak selamat dan sarang penjenayah.
Beliau membuat kenyataan maaf tersebut pada sidang media di bangunan Komtar pada pukul 1.10 petang di sin
Kemaskini:
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada Jumaat mengemukakan permohonan maaf terhadap Sultan Johor, Tunku Ibrahim Ismail berhubung kenyataannya yang mendakwa Johor sebagai negeri yang tidak selamat untuk dikunjungi oleh pelancong.
Beliau membuat kenyataan maaf tersebut pada sidang media di bangunan Komtar pada pukul 1.10 petang di sini.
Sultan Johor, telah bertitah baginda tersinggung dengan kenyataan saya yang didakwa memburukkan imej negeri Johor.
“Atas rasa hormat kepada Sultan Johor, saya dengan sepenuh hati memohon maaf kepada baginda dan seluruh rakyat Johor. Saya tidak berniat untuk mencemarkan nama baik Johor atau mana-mana negeri,” katanya.
Guan Eng didakwa mengeluarkan kenyataan yang memburukkan Johor ketika majlis makan tengah hari bersama Persatuan Wartawan Asing Singapura di Pusat Konvensyen Raffles, Singapura pada 12 Ogos lalu.
Dalam rakaman audio yang disebarkan di internet, beliau dilaporkan berkata: “Anda tidak perlu bimbang dengan keselamatan apabila datang ke Pulau Pinang, Di Johor, jika anda seorang warga Singapura, anda mungkin diculik.”
Pada Khamis, Guan Eng dipetik sebagai berkata beliau tidak pasti ada mengeluarkan kenyataan tersebut namun Setiausaha DAP itu menafikan dakwaan beliau sengaja berbuat demikian dalam teks ucapannya pada majlis berkenaan