Ini “fiqh tanazul” namanya iaitu fiqh berundur ke belakang kerana kehilangan rasa izzah terhadap agama sendiri demi meraikan DAP
“Gelaran kafir harbi atau kafir zimmi kepada masyarakat bukan Islam khususnya di negara ini tidak wajar digunakan oleh mana-mana pihak.
Baca sini:
https://www.yadim.com.my/v2/tiada-lagi-gelaran-kafir-harbi-zimmi-dalam-sistem-kewarganegaraan/
……………..
Memang Kafir Harbi pun !
1- Dalam kitab Al-Ahkam As-Sultaniah oleh Imam Al-Mawardiy ada disebut bahawa orang kafir yang berada di bawah penjagaan Negara Islam mesti mematuhi hukum hakam Islam pada segi Mu’amalat Dan Jenayah sepertimana juga jika dia mahu dikategorikan sebagai Kafir Zimmi maka kalangan lelaki dan yg mampu dari mereka wajib membayar Jizyah kepada negara Islam setiap tahun.
Dan diletakkan 6 syarat yang wajib kafir tadi patuhi antaranya;
(1)- Orang Kafir Zimmi itu mestilah Tidak mengkritik Al-Quran atau merubahnya,
(2)- Tidak merendahkan Nabi Muhammad atau mengutuk Baginda,
(3)- Tidak memburukkan agama Islam atau memperlecehkannya,
(4)- Tidak merosakkan maruah wanita Islam,
(5)- Tidak cuba merosakkan pengangan umat Islam atau merampas hartanya,
(6)- Tidak membantu Kafir Harbi yang mengangkat senjata serang umat Islam atau membantu orang kaya dari mereka.
Jika perkara-perkara tadi dilakukan maka perjanjian terbatal secara automatik.
(Rujuk kitab Ahkam Sultaniah Oleh Imam Mawardiy J1 MS165).
2- Dakwaan sebahagian kenamaan bahawa orang bukan Islam yang menentang Kerajaan Islam melalui beberapa sistem itu dikategorikan sebagai Kafir Zimmi juga tidak tepat kerana Kafir Zimmi adalah warganegara yang mempunyai perjanjian dengan pemerintah Negara Islam dan kalangan lelaki juga yg mampu dari mereka mesti membayar Jizyah serta hukum Islam termasuk hukum Hudud dan beberapa hukum Islam lain dilaksankan keatas mereka jika sabit kesalahan.
(Rujuk Tahzib Lughah & Mu’jam al Wasit).
3- Istilah Kafir Harbi keatas orang bukan Islam yang jenis memerangi agama Islam atau bercakap perkara menolak hukum Islam atau merosakkan umat Islam adalah istilah yang sahih dan tidak bercanggah dengan fiqh Islam yang realiti.
Ini kerana walaupun sekiranya mereka tidak/belum mengangkat senjata keatas umat Islam/pemimpinnya dengan hanya mengkritik Islam atau hukum hakam Islam maka mereka dikira sebagai Kafir Harbi dan melanggar perjanjian sebagai Kafir Zimmi (seandainya istilah itu digunakan).
Namun Kafir Harbi jenis tersebut TIDAK BOLEH dibunuh, tidak dirampas hartanya bahkan jika dicuri hartanya maka yang mencuri itu bersalah selagi si Kafir Harbi tadi berada dalam Al-‘Ahd perjanjian aman dengan Kerajaan Islam.
Demikian disebut oleh ramai sarjana Islam antaranya dalam kitab As-Sowi ‘Ala Syarah As-Soghir.
Bahkan dalam Syarah Sahih Al-Bukhari ada menyebutkan sekiranya perjanjian aman telah diberikan kepada Kafir Harbi tadi maka kita boleh menerimanya.
Ini membuktikan istilah Kafir Harbi itu bukan hanya keatas mereka bukan Islam yang boleh dibunuh dan dirampas hartanya namun ia juga disebut keatas orang Kafir yang dalam kategori Kafir Harbi yang tidak lagi mengangkat senjata waktu yg sama mendapat perjanjian aman/penjagaan dari pemimpin Islam.
Demikian difahami dari pandangan Imam Ath-Thauriy, Imam Al-Auzai’e, Imam Syafie dan selainnya dari ulama Islam.