JAKARTA : Menteri Koordinasi Politik, Perundangan dan Hal Ehwal Keselamatan Indonesia, Jeneral Wiranto cedera parah selepas ditikam ketika hendak masuk ke dalam keretanya petang semalam.
Jurucakap Polis Indonesia, Dedi Prasetyo berkata, insiden itu berlaku di Pandeglang, Pulau Jawa sambil menambah penyerang telah dikenal pasti iaitu Syahril Alamsyah berumur 31 tahun dan Fitri Andriana, 21 tahun.
Kedua-dua suspek dipercayai terpengaroh kepada pemahaman radikal Daesh.
Seorang anggota polis turut cedera dalam insiden itu. – AFP
LIHAT video