Strategi yang sangat sangat memeningkan PAN, PKR dan DAP.
Tun Mahathir mungkin lebih mengerti tragedi hidup ini.
ADA APA PADA PRK TANJUNG PIAI
1) Level Mahacai akan main sindir isu BMF, kenapa letak MCA, tunduk kepada Cina dan sebagainya. Kena sokong parti Melayu PPBM kalau BMF. Mereka ini akan bising dalam media sosial. Mereka risau PH kalah.
2) Level Walaun pula akan main isu BN vs PH. Tak kira siapapun jadi calon, big picture is BN vs PH. Populariti BN vs Poplariti PH. Mereka ini pun akan buat bising dalam media sosial juga. Mereka ini berharap PH kalah.
3) Level RBA mahukan PPBM kalah. Sebagai mengajar PPBM yang dilihat komponen yang ‘tidak jujur’ dalam pakatan. Serangan terhadap Tun dan PPBM sedang menyala di peringkat dalam timbunan sekam.
4) Level strategis pula melihat isu Muafakat Nasional vs PH. Strategis membuat percaturan untuk melihat apakah dengan meletakkan calon MCA, mood rakyat kepada Muafakat Nasional akan menjadi lebih baik? Benarkah Muafakat Nasional ini adalah rasis?
5) Jika BN/MCA menang, bermakna ia adalah penolakan terhadap PH dan rakyat sambut baik Muafakat Nasional. Akur dengan apa saja percaturan Muafakat Nasional untuk tumbangkan PH.
6) Jika PH menang, bermakna rakyat betul-betul memberi signal bahawa Muafakat Nasional mesti utamakan kehendak muafakat yakni penguasaan politik orang Melayu.
7) Strategis memerhatikan polarisasi sokongan dan mood rakyat dari jauh, tanpa risaukan siapa menang atau siapa kalah. Keputusan PRK ini akan menjawab perihal mood rakyat terhadap beberapa persoalan daripada isu-isu yang timbul sepanjang pentadbiran PH.
Oleh: Dr Tanaka Mustafa