PONTIAN – Keadaan di luar Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini kecoh apabila dipercayai dua penyokong parti politik membuat provokasi, petang tadi.
Keadaan bertambah teruk apabila mereka enggan bersurai memaksa Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) mula membuat penghadang.
Namun penyokong terus bertindak membaling ‘bom air’ sehingga FRU membuat pancutan air dan gas pemedih mata turut dilepaskan.
Keadaan mula reda apabila penyokong yang bertindak ganas ditahan oleh pihak berkuasa.
Sebenarnya situasi itu hanyalah simulasi Latih Amal Latih Amal PRK yang diadakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Johor bagi menguji persediaan PDRM dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai pada 16 November depan.
Simulasi selama lebih sejam yang bermula 4.30 petang petang itu melibatkan 250 anggota dan pegawai dari tiga unit iaitu FRU, Unit Tempur Ringan (LSF) dan Unit Tindakan Rusuhan Awam (PORU).
Ketua Polis Johor Datuk Mohd Kamarudin Md Din turut menyaksikan latih amal itu.
Secara keseluruhan, beliau berpuas hati dengan latih amal sekaligus menunjukkan persediaan rapi oleh semua anggotanya