Sejak awal November sehingga sekarang saya sudah kena label bermacam-macam kumpulan.
Sedangkan jika dibaca tulisan-tulisan saya, pendirian dan pandangan saya mengenai UMNO berfokus kepada isu bukan individu.
Jika mahu UMNO dan BN berjaya dalam pilihan raya akan datang maka ruang lingkup pemahaman politik kita harus mencangkupi pandangan pengundi bebas.
Pemimpin dan ahli UMNO harus berkorban sediikit melihat persepi pengundi luar parti dan cuba memenuhi hasrat mereka.
Ahli UMNO menjadi pengundi tidak sampai 3 juta berbanding jumlah pengundi keseluruhan sekitar 15 juta.
Jika kita tidak berupaya ‘menangkap’ minda sekitar 7 juta pengundi akan datang maka kita kekal pembangkang sahaja.
Jadi berpada-padalah taksub kepada mana-mana pemimpin pun. Dan berpada-pada juga benci pada mana-mana pemimpin pun. Bersederhana saja sesama pemimpin parti.
Bila saya tulis begini ramailah akan bermasam muka dengan saya, tidak mengapalah.
Ab Jalil Backer