Yang sedia ada sangat teruk, yang hendak mengganti pun teruk. Yang hendak ambil alih pula di “teruk”kan oleh yang sedang menyandang.
Kita terperangkap dengan the devil we know dan the devil we dont know. Tetapi kedua dua nya devil juga.
Negara pernah hadapi krisis kepimpinan satu waktu dulu. Tetapi bukan politik ia kerana medic.
Ketika Allahyarham Tun Razak mendapati diri nya sakit dan kebetulan timbalan nya Allahyarham Tun Dr Ismail juga sakit.
Namun kedua insan ini tidak mahu negara berada dalam panik lalu membuat makeshift klinik di luar pejabat PM.
Ianya bertujuan memudahkan doktor datang memeriksa supaya Tun Razak dan Tun Dr Ismail tidak terlihat berulang alik ke hospital.
Antara orang yang pertama menyedari Tun Razak tidak sihat ia lah Tun Mahathir. Tun M telah perasan saliva mengalir dari mulut Allahyarham Tun Razak apabila bercakap.
Ini petanda sakit tertentu.
Namun Tun Mahathir tidak memberitahu terus kepada Allahyarham Tun Razak tetapi memberitahu kepada Abdullah Kok Lanas supaya Allahyarham Tun Razak berjumpa Doktor.
Akhirnya Tun Dr Ismail pergi dahulu dan Hussein Onn menggantikn nya.
Ini semua mungkin untuk pelengkap RAHMAN, kerana abjad “I” tiada dalam susunan.
Kemudian Allahyarham Tun Razak tidak memberitahu sesiapa pun termasuk ahli keluarga yang dia pergi ke London untuk mendapatkan rawatan.
Beliau telah menghembuskan nafas nya di sana.
Beliau Perdana Menteri pertama meninggal dunia ketika masih memegang jawatan Perdana Menteri.
Kini negara bergolak lagi.
Yang menyandang teruk dan yang akan mengganti pun lebih kerana teruk sudah ada kes liwat.
Orang alim dan baik-baik tersepit jika yang mengganti nya peliwat dan pelanggan China doll, maka mereka seolah-olah bersubahat.
Yang sedia ada pun teruk juga terpalit banyak skandal.
Apa penyudah nya?
Sama-sama kita tunggu.