Betul ke sudah ada orang yang di bayar oleh pemimpin tertentu Umno untuk menjadi cybertrooper tukang lambung dan mengampu?
Kalau betul ada, sila lah pertahankan parti dan kepimpinan parti.
Jangan hanya pertahan dan melambung si pembayar sahaja untuk menjadi calon jawatan tertinggi dalam parti pada pemilihan akan datang. Jika parti runtuh, tukang bayar itu pun entah apa jadinya dan dengan korang sekali.
Tengok lah di Facebook dan media sosial lain. Intai akaun milik individu yang entah dari mana, profil tak ada yang berjawatan dalam umno tetapi bersungguh-sungguh dan bermati-matian mempertahankan parti.
Mereka masuk ke group RBA dan macai PH untuk menjawab, komen dan tibai.
Ada yang tidak pandai menjawap pun tetapi tetap memoertahankan parti dan Muafakat Nasional. Mereka ini lah yang Dato Seri Najib Razak pernah kata:
“Mereka yang wajah nya tidak kita kenali, namanya kita tak tahu tetapi mereka lah pejuang”
Unsung hero.
Bukan yang dalam kategori ‘mengabihkan boreh’
Jangan aktif untuk melambung tukang bayar yang mahu merebut jawatan tinggi Umno sahaja.
Meanwhile attack lah musuh, pertahankan parti.
Jangan sampai yang sukarela merajuk dan patah hati.
Itu sahaja nak ingatkan.