Saya tengok kerajaan PH asyik mengeluarkan kenyataan bahawa pelaburan di Malaysia meningkat ratusan peratus, tertinggi dalam sejarah dan sebagainya tahun ini.
Tapi data dari Jabataan perangkaan, BNM dan Kementerian Kewangan menunjukkan sebaliknya telah berlaku.
Pelaburan swasta dan pelaburan awam semakin merosot menjadi negatif pulak.
Bukan itu sahaja, import (termasuk barangan modal untuk pelaburan) juga menurun.
Muka surat 2, Laporan fiskal suku ke-3 tahun 2019:
https://www.treasury.gov.my/pdf/ekonomi/Q3-2019/Q3-2019.pdf
Tiap-tiap minggu juga terkeluar berita bahawa aliran keluar dana asing semakin meningkat dan Malaysia tetap digelar pasaran saham paling corot dalam dunia.
Kadar pertumbuhan KDNK juga semakin lemah.
Kenapa ekonomi semakin merosot walaupun pelaburan asing dikatakan naik ratusan peratus dan tertinggi dalam sejarah?
Kenapa ya?
Kerajaan PH tipu Rakyat ke apa?