Kerajaan negara Liberia umum bahawa syarikat milik PNB, Sime Darby telah bersetuju untuk menjual 100% kepentingan dalam konsesi sawit, getah dan pertanian lain seluas 220,000 hektar di negara tersebut kepada syarikat milik Liberia bernama MONCO.
Alasan yang diberi oleh Sime Darby kenapa nak jual ialah untuk mengurangkan hutang.
Konsesi tersebut diberi oleh kerajaan Liberia kepada kerajaan BN dahulu.
Perjanjian ditandatangan pada tahun 2009 masa saya PM.
Tempoh konsesi adalah untuk 63 tahun. Sampai tahun 2072.
(Saya perhatikan bahawa kebanyakan Rakyat sebelum PRU14 tak sedar bahawa kerajaan BN masa saya PM banyak membina aset untuk pulangan jangka masa panjang. Tetapi fakta ini ditenggelami oleh propaganda penipuan PH bahawa kita jual negara)
Sime Darby masih tak sempat menanam seluruh keluasan 220,000 hektar itu tetapi sebahagian dari ladang sawit dan getah itu sudahpun mula berhasil.
Biasanya pokok sawit perlu masa 7 tahun untuk mula matang.
Baru masuk tahun ke-10 cukup untuk konsesi tempoh 63 tahun itu, sudah dijual oleh kerajaan PH.
220,000 hektar ini adalah 3 kali saiz negara Singapura (72,150 hektar).
Kalau nak cari tanah seluas 220,000 hektar pada masa depan bukan senang.
Negara kita sudah tiada kawasan yang sesuai sebesar itu.
Ini baru 19 bulan dari penggal 5 tahun memerintah.
Banyak aset dan harta yang dibina masa BN sudah dijual.
Apa lagi akan dijual?
.
“6 Dec 2019 – Liberia: Local Company, MONCO, Takes over Sime Darby”
https://frontpageafricaonline.com/news/liberia-local-company-monco-takes-over-sime-darby/
REUTERS, 5 Dec 2019: Sime Darby to sell Liberia plantation to local manufacturer -minister
https://www.reuters.com/article/sime-darby-liberia/sime-darby-to-sell-liberia-plantation-to-local-manufacturer-minister-idUSL8N28F59I
………
Sime Darby jual ladang sawit di Liberia
FREETOWN: Sime Darby Plantation Bhd merancang untuk menjual konsesi kelapa sawitnya di Liberia kepada pengilang tempatan, demikian mengikut seorang menteri Liberia, kelmarin.
Rancangan itu dibuat berikutan keputusan kewangan ‘di bawah par’ berikutan piawaian alam sekitar lebih ketat.
Sime Darby Plantation menandatangani perjanjian konsesi selama 63 tahun dengan kerajaan Liberia bagi membangunkan tanah seluas 220,000 hektar untuk penanaman kelapa sawit dan getah.
Ia sekali gus membentuk satu perlima daripada pegangan tanah global syarikat berkenaan.
Bagaimanapun pada Ogos, syarikat itu berkata, ia akan menamatkan operasi mereka di Liberia pada akhir tahun ini susulan menghadapi peraturan ketat dan bantahan mengenai isu alam sekitar yang mana menolak penebangan hutan.
Menteri Penerangan Liberia, Eugene Nagbe dalam satu persidangan perniagaan di London, berkata Sime Darby Plantation akan menjual ladang berkenaan kepada Mano Manufacturing Company (MANCO), iaitu pengeluar terbesar produk kesihatan dan pembersihan rumah di Liberia.
Nagbe berkata, syarat terakhir perjanjian itu belum dimuktamadkan tetapi kerajaan yakin ia akan diteruskan.
MANCO, subsidiari Mano Public Oil Industries menjadi pembeli utama minyak sawit Sime Darby Plantation sejak 2015.
Bagaimanapun, Sime Darby Plantation dan MANCO tidak memberikan sebarang maklum balas mengenai perkara itu. – REUTERS