Hari ini ada beberapa berita penting:
1. Najib kata “tak tahu” 46 kali dalam kenyataan mahkamah 243 muka surat panjangnya yang menrangkumi ulasan untuk tempoh 9 tahun serta melibatkan berpuluh-puluh individu lain.
2. Najib beli jam tangan mahal untuk isteri (walaupun gaji Guan Eng adalah RM86,400 sebulan atau RM1.09 juta setahun dan Kementerian Kewangan Arab Saudi dan putera Arab disahkan dalam Mahkamah pernah bayar RM642 juta ke dalam akaun saya.)
3. Bank dunia turunkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia untuk tahun 2020 sekali lagi.
4. Aliran keluar dana asing telah mencecah RM10 bilion setakat tahun 2019 ini (setelah RM13 bilion dana asing keluar tahun lepas).
dan akhirnya..
5. Petronas jual pegangan mereka dalam Petronas Gas Bhd, Petronas Dagangan Bhd dan MISC Bhd dengan nilai RM6 bilion.
Alasan yang diberi untuk jual ialah Petronas perlukan wang walaupun kerajaan BN dahulu meninggalkan rizab tunai sebanyak RM173 bilion dalam PETRONAS semasa PRU14.
PETRONAS raih RM6 bilion jual pegangan anak syarikat
https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2019/12/636979/petronas-raih-rm6-bilion-jual-pegangan-anak-syarika
Setelah menjarah RM82 bilion dari Petronas sehingga penarafannya diturunkan pada bulan Jun lalu, menjual berpuluh bilion aset milik Khazanah, GLC dan Kementerian Kewangan, kini pulang kepada giliran Petronas sekali lagi untuk menjual aset.
#PenjualanBelumSelesai