KATHMANDU – Nepal mendapatkan bekalan bawang merah dari China selepas India telah menghentikan eksport bahan mentah itu.
Harga bawang merah melonjak dengan ketara beberapa bulan lalu selepas India mengharamkan pengeksportannya seterusnya mencetuskan kebimbangan kekurangan bekalan.
Pedagang-pedagang berkata, jika trend itu berterusan, bawang besar akan menjadi senarai import terbesar merentasi Himalaya.
Dalam tahun fiskal 2018-2019, Nepal membeli barangan bernilai Rs917 bilion dari India, mencakupi 64.7 peratus daripada jumlah import.
Import Nepal dari China pula bernilai Rs205 bilion dan menyumbang 14.5 peratus daripada import.
India mengharamkan eksport bawang pada bulan September untuk mengekalkan ketersediaan domestik menyebabkan kekurangan teruk dalam bekalan bagi pasaran Asia termasuk Nepal.
Harga bawang merah mencecah Rs250 (AS$3.51) setiap kilogram di Lembah Kathmandu, sama harga dengan daging ayam.