Hebat juga propaganda Menteri Pendidikan oleh seorang guru yang menulis surat kepada Malaysiakini
(https://m.malaysiakini.com/letters/504114).
Panjang beliau menulis seolah-olah Maszlee Malik ini agen perubahan luar biasa di Kementerian Pendidikan.
Antaranya beliau menulis, “Anak-anak yang tercicir di kawasan Bagan Datoh, Pekan, dan di semua kawasan di seluruh Malaysia hari ini sudah kembali ke sekolah setelah menteri kasut hitam laksanakan Program Sifar Murid Cicir. Saya dapat tahu dalam Facebook menteri kasut hitam, seramai 4,369 orang anak-anak yang cicir yang dulunya tak pergi sekolah sudah kembali ke sekolah.”
Hebat benar Menteri ini datang dengan idea luar biasa dan menyentuh hati rakyat. Cuma bila disemak semula rupanya idea ini telah dilaksanakan sejak Mahdzir Khalid menjadi Menteri Pendidikan lagi.
Laporan BH 8 Januari 2018 dengan jelas menunjukan kesungguhan Kementerian semasa BN lagi untuk mengatasi isu murid cicir.
“Mengenai kadar keciciran pelajar di sekolah menengah, Mahdzir berkata, satu Garis Panduan Mengurus Murid Berisiko Cicir di Sekolah dan Modul Serlahkan Keunggulan Diri bagi membendung masalah keciciran pelajar di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan dilaksanakan mulai tahun ini.
“Peratusan keciciran murid di sekolah menengah menurun daripada 1.6 peratus (2016) kepada 1.36 peratus (2017). Kementerian akan meneruskan usaha mengurangkan kadar keciciran murid di semua peringkat sekolah terutamanya di sekolah menengah dengan sasaran penurunan kepada 1.3 peratus tahun ini,”
(https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/01/373729/hampir-5-juta-pelajar-mulakan-sesi-persekolahan-2018/amp)
Bila menang PRU terus jadi idea dan sumbangan Menteri kasut hitam.
Cikgu propaganda ini juga menulis “… saya nak beritahu mereka menteri kasut hitam sudah buat perjumpaan sebanyak 16,625 kali dengan pihak industri untuk pastikan graduan TVET confirm dapat kerja. Sebab itu peratus kebolehpasaran TVET mencecah 81.89 peratus. Mereka boleh masuk TVET hari ini dan keluar dengan confirm kerja dah ada. Itu pun kalau mereka sangguplah nak berubah.”
Wow nampak hebat tapi apakah benar? Jika benarlah angka 81.89 peratus tersebut maknanya prestasi TVET sudah jatuh semasa di bawah Maszlee.
Pada 27 Mac 2018 Astro Awani melaporkan bahawa kadar kebolehpasaran graduan sistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara melonjak naik sehingga 91.4 peratus pada tahun lepas.
“Kadar kebolehpasaran graduan TVET dari 2013 ke 2017 telah meningkat daripada 74.9 peratus kepada 91.4 peratus.
(https://www.google.com/amp/www.astroawani.com/berita-malaysia/kebolehpasaran-graduan-tvet-negara-melonjak-lebih-90-peratus-171472%3Famp%3D1)
Malang sungguh ada guru menulis tanpa memeriksa fakta semata-mata mahu menggilap menteri kasut hitam tersebut.
Tidak cukup itu rakyat juga dibohongi seolah-olah Maszlee ini superman berjaya menyelesaikan isu pelajar OKU. Sempat lagi guru ini memperli pemimpin politik parti lain. Tulis beliau,
“Anak kawan saya yang OKU, termasuklah anak-anak dari ahli-ahli kerajaan Islam di Pantai Timur sana yang juga OKU, jumlahnya 24,998, semuanya sudah boleh masuk sekolah dengan dirai-raikan sepenuhnya. Mereka tak rasa dipulaukan kerana menteri kasut hitam sudah berjaya membuka 10,200 kelas untuk mereka. Menteri kasut hitam punya kerja, sehari dua kelas OKU dibukanya. Gila!”
Memang gila.
Penulis tersebut dan Menteri yang gila. Realitinya usaha menjadikan semua sekolah kerajaan mesra pelajar OKU telah dirancang sejak bertahun lalu.
Pada 2017 Menteri Pendidikan Mahdzir Khalid telah mengumumkan pelan tindakan untuk semua sekolah di negara ini akan dilengkapi kemudahan mesra OKU menjelang 2020.
(https://www.bharian.com.my/node/251648)
Jadi bukan sehari dua menjadikan sekolah kerajaan mesra OKU seperti yang cuba digambarkan oleh pentaksub Maszlee.
Cukuplah dulu pendedahan ini. Jika panjang sangat ramai yang sukar hadam.
Realitinya memang mudah menggilap kasut hitam
kerana ia sentiasa menyembunyikan kekotoran di sebalik warna.