Itu janji Allah dan Rasul.
Maszlee Malik cukup banyak dosanya pada orang Melayu dan Islam.
Antara perkara paling awal dilakukan Maszlee setelah menjadi menteri adalah menghentikan langganan akhbar Utusan Malaysia di sekolah-sekolah seluruh negara.
Serta merta Utusan yang merupakan satu-satunya akhbar suara Melayu hilang sumber pendapatan mereka yang bergantung pada iklan kerana syarikat-syarikat memilih akhbar lain yang mempunyai capaian yang lebih luas.
Hasilnya, semua orang sudah tahu. Utusan gulung tikar dan ribuan pekerja mereka hilang pekerjaan. Ramai antara mereka menjadi penjual di pasar malam, rider Grab dan Food Panda dan melakukan kerja-kerja lain demi sesuap nasi. Keluarga-keluarga mereka hidup susah. Maszlee bertanggungjawab langsung kepada kezaliman ini!
Suara Melayu juga telah berjaya ‘dibisukan’ dalam arena akhbar arus perdana dengan terkuburnya Utusan.
Kita juga tidak lupa bagaimana Maszlee Malik telah membuang Naib-naib Canselor dan meletakkan kawan-kawan dari jemaah IKRAM nya. Walhal Naib-naib canselor ini adalah ahli-ahli akademik yang berkecuali dari politik, masih belum tamat kontrak dan masih popular di universiti masing-masing.
Sudah pasti doa mereka yang dizalimi ini juga ada kesannya.
Ini belum lagi mengambil kira Dekan-dekan dan jawatan-jawatan strategik lain yang ditukar kepada orang lain yang merupakan kawan-kawan IKRAM Maszlee juga oleh Naib Canselor lantikan Maszlee. Mereka yang perform tetap ditukar kerana dianggap bukan ‘geng kite’. 🤦🏼♂️
Pasti mereka juga berdoa atas kezaliman yang menimpa mereka.
Sungguhpun Maszlee seorang ahli akademik asalnya, namun dia tidak mempertahankan 4 orang ahli akademik yang telah membentangkan hasil kajian mereka kepada Majlis Raja-raja berkenaan Statut Rom.
Keempat-empat pensyarah kanan itu teruk dikecam oleh DAP namun Maszlee tidak mempertahankan mereka. Malah Maszlee berlepas diri dengan berkata, “Mereka perlu tanggung akibat dari tindakan mereka.”
Ini merupakan pengkhianatan terhadap dunia akademik.
Malah kita tidak lupa ditengah-tengah kehangatan isu Statut Rom bagaimana pegawai khas Maszlee Malik menghina TMJ di facebook dan langsung tidak dikenakan apa-apa tindakan!
Seolah-olah Maszlee Malik merestui tindakan tersebut memandangkan dia sendiri setuju dengan Statut Rom dan menyindir bahawa sesiapa yang menentang Status Rom adalah PENGECUT dan tidak berani melawan Tun M secara berdepan. Jadi dia lepaskan anjing peliharaannya untuk menyalak kepada TMJ. 😏
Link pegawai khas Maszlee hina TMJ: http://johorpress.com/pegawai-khas-maszlee-malik-hina-tmj/
Link Maszlee sokong Status Rom sambil jilat Mahathir: https://malaysiagazette.com/2019/04/05/putar-belit-statut-rom-usaha-terburuk-jatuhkan-tun-m-kata-maszlee/
Maszlee Malik sebenarnya adalah seorang pengkhianat bangsa dan amanah yang diberi.
Naik Myvi balik rumah semalam tu wayang saja. Apa bodoh sangat ke jadi pensyarah kanan puluhan tahun tapi pakai kereta Myvi je? Lecturer Nabeel baru masuk kerja pun dah pakai Honda Civic.
Gaji dia RM 54 ribu sebulan lepas tu konon ada kereta Myvi je.
Sorok kereta lain lepas tu buat cerita sedih balik naik Myvi. Budak darjah 1 boleh le kena kencing.
– Nabeel Naqie