PRK Kimanis jadi model, jentera menyanyi, menari tanda muhibah. Bagaikan pesta. Demikianlah diibaratkan kempen pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kimanis yang bermula minggu lalu.
Pertembungan satu lawan satu di antara calon Barisan Nasional (BN) dan Parti Warisan Sabah (Warisan) tidak membuatkan suasana semakin hangat.
Ini terbukti melalui perkongsian ketua Puteri Umno di Instagram apabila beberapa anggotanya bersahaja menyanyi bersama individu dari Warisan.
Selepas menyanyi lagu yang tidak dapat dipastikan, Zahida terus melaungkan “tolak PSS” di hadapan “musuhnya” itu.
Klip yang ditonton lebih 3,000 pengguna itu menunjukkan anggota Warisan terus beredar selepas kata-kata itu dilaungkan.
Dilaporkan Kementerian Dalam Negeri akan memperkenalkan Pas Sementara Sabah (PSS) bagi menggantikan tiga dokumen warga asing di negeri itu pertengahan tahun ini.
Tiga dokumen tersebut ialah kad Burung-Burung, sijil banci dan IM13.
PRK Kimanis akan berlangsung pada 18 Januari ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Warisan dan BN.
BN meletakkan Datuk Mohamad Alamin, 48, sebagai calon, manakala Datuk Karim Bujang mewakili parti Warisan.
https://www.instagram.com/p/B7ClshhJSY2/?igshid=ebn480awihyu