Tun Mahathir sedar, dia undur sahaja, parti PPBM (Bunga) akan hancur berderai di pijak lunyai oleh komponen dalam Pakatan Harapan yang lain.
Di buli dan di sisih. Sebab musuh PPBM ada di kiri dan kanan tambahan pula jumlah kerusi Parlimen PPBM yang terlalu sedikit.
Dalam PPBM ada anak Tun Mahathir. Anak nya pula tidak terkenal hebat sebagai ‘fighter’, lembik macam pondan.
Itu sebab Tun Mahathir liat nak mengundurkan diri walaupun tidak mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai Perdana Menteri ke-7.
Ekonomi semakin teruk, hutang baharu tahun 2020 walaupun baru sebulan sudah 11 bilion. Bayaran balik untuk hutang lama belum lagi dilunaskan untuk tahun.
Sebelum ini pun dalam tempoh 20 bulan sahaja sudah berhutang RM130 bilion.
Harta yang dalam proses untuk di jual adalah MAS dan Petronas Carigali.
Dengan tindakan yang banyak merosakkan, mustahil mahu serah kuasa kepada individu mulut lantang macam Anwar Ibrahim, yang akan melondehkan segala nya.
Tentu sekali mahu ‘playsafe’ dengan calon yang sentiasa angguk dengan kehendak beliau.
Itu lah ‘predicament’ Tun Mahathir di waktu ini.
Boleh di katakan bala juga untuk Tun Mahathir.