Jumlah kematian akibat coronavirus baru kini berada pada tahap 106, kerana kes jangkitan baru hampir dua kali ganda dalam satu hari, kata pihak berkuasa China.
Jumlah kes yang disahkan di China meningkat kepada 4,515 pada 27 Januari, meningkat daripada 2,835 sehari sebelumnya.
Sekatan perjalanan telah diketatkan dan memakai topeng di khalayak ramai kini diwajibkan di beberapa bandar.
Bandar Wuhan merupakan pusat wabak itu tetapi ia telah tersebar di seluruh China dan di peringkat antarabangsa.
Wuhan, dan wilayah Hubei yang menjadi pusat wabak, sudah diletak didalam sekatan perjalanan dengan sekatan pengangkutan masuk dan keluar dari kawasan itu.
Pada hari Isnin, pihak berkuasa di Beijing mengesahkan seorang lelaki berusia 50 tahun meninggal dunia – kematian pertama di ibu negara Cina daripada virus itu. – BBCnews