China melaporkan wabak selesema burung H5N1 yang sangat patogen di sebuah ladang di bandar Shaoyang, wilayah selatan Hunan, kata Kementerian Pertanian dan Hal Ehwal Luar Bandar.
Kes ini berlaku di ladang dengan 7,850 ayam, 4,500 di antaranya matu akibat selesema burung.
Pihak berkuasa telah memusnahkan 17,828 ayam berikutan wabak itu.
H5N1 adalah sejenis virus influenza yang sangat cepat berjangkit.
Sesetengah jenis H5N1 boleh merebak kepada manusia.
Pihak berkuasa tempatan telah menyediakan langkah pencegahan yang perlu untuk mengatasi wabak virus.