Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan mengecam Sajat kerana memakai pakaian muslimah ketika berada di Tanah Suci.
Rahmat berkata “tidak salah” golongan transgender melakukan ibadah di sana, tetapi usahawan bengkung sepatutnya berpakaian mengikut jantina asal.
“Sajat dan kawan-kawan pergi umrah tidak salah. Yang salah bila dia langgar perjanjian dan pakai pakaian wanita serta masuk ke kawasan perempuan, bercampur dengan jemaah wanita,” coret Rahmat di Instagram.
“Sebelum ini ramai [golongan transgender] buat umrah, tak jadi masalah kerana mereka berihram dan masuk serta solat bersama lelaki, mereka ikut kaedah dan cara di sini.”
Sajat baru-baru ini mencetuskan kontroversi apabila memuat naik gambar berada di Tanah Suci dengan memakai jubah wanita.
Beliau pergi ke Makkah bukan hanya bersama dua lagi rakan transgender, tetapi membawa ibu bapa dan anak angkatnya, berdasarkan foto di media sosial.
Sementara itu menurut Rahmat, kes Sajat kini dikhabarkan sudah mendapat perhatian atasan termasuk pihak kementerian.
“Dimaklumkam juga ramai petugas umrah di Makkah membuat laporan pada pihak berkuasa,” katanya.
“Mereka kata ini jenayah kepada pengurusan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, benda besar kerana lelaki masuk tempat solat wanita.”
Tambah beliau, apa yang merisaukan, ekoran kes ini pihak Arab Saudi bakal menyulitkan kemasukkan warga Malaysia ke sana.