Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 24 Julai 2019 membuat keputusan,
1. Hanya presiden parti yang diberikan mandat untuk mewakili UMNO jika terdapat mana-mana pihak daripada luar yang ingin mengadakan sebarang kerjasama.
“Jika ada pihak-pihak di luar UMNO dan PAS serta BN yang menjemput untuk mengadakan perbincangan dalam apa juga bentuk kerjasama politik, hanya presiden sahaja yang mewakili UMNO dan tidak ada tokoh-tokoh atau individu lain yang diberikan mandat untuk mewakili parti.
2. Sebarang perbincangan atau perundingan mesti mematuhi apa yang telah dimuktamadkan oleh MT. UMNO tidak akan mengadakan sebarang kerjasama dengan mana-mana parti terutama parti-parti yang menganggotai Pakatan Harapan (PH) selagi mereka berkongsi kuasa politik dengan Dap.
3. UMNO menolak sebarang kerjasama dengan Dap.
Sekarang ini belum dibawa apa-apa keputusan dalam mesyuarat MT, sudah ada ahli MT yang melompat sakan.
Letihlah jika keputusan parti hendak dibuat melalui media sosial.
Oleh Ab Jalil Backer