Setakat ini Tun Mahathir tidak lagi berminat menjadi Perdana Menteri kerana berkecil hati dengan satu dua kenyataan hari ini.
Kemungkinan besar kerajaan baharu adalah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan dari UMNO.
Pas tiada masalah dengan perubahan ini.
Cuma khabarnya ada segelintir Ahli Parlimen UMNO ingkar ‘en bloc’ dan menandatangani SD menyokong DS Anwar Ibrahim.
Apa pun kita tunggulah sama ada semua Ahli Parlimen UMNO akan menandatangani SD baharu menyokong Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.
Oleh Ab Jalil Backer