Tiada siapa merampas jawatan Perdana Menteri (PM) dari sesiapa.
Ia telah menjadi kosong dan perlu diisi sebaik sahaja Tun Mahathir meletakan jawatan secara rasmi.
Tiada siapa telah merampas kerajaan dari sesiapa kerana kerajaan Pakatan Harapan (PH) terbatal sebaik sahaja Tun Mahathir membubarkan kerajaan PH dengan meletakkan jawatan sebagai PM dan dengan keluarnya PPBM dari gabungan PH.
Jangan pedaya rakyat lagi umpama cerita 1MDB.
Samada kerajaan PN bertahan lama atau tidak itu cerita lain.
Samada kerajaan PN menang undi percaya atau tidak nanti, itu juga cerita lain.
Hendak cerita pengkhianatan TS Muhyiddin Yassin atau Azmin itu hak PH.
Mereka mengkhianati Tun Mahathir dan PH bukan khianati rakyat kerana kerajaan ada kekosongan ketika persembahan jumlah kepada Yang Di-Pertuan Agong di buat.
Kenapa PH malu dan tidak mahu menyalahkan Tun Mahathir?
Kerana PH masih hendak mempergunakan dia lagi.