- UMNO yang menyertai kabinet ibarat lori sampah.
- Kita akan bersih sampah bertan-tan, bila tertinggal sebungkus dua itu yang orang ungkit dan kritik nanti.
Semalam berbual dengan DS Ahmad Shabery Cheek, kami sependapat bahawa sesiapa yang memegang jawatan menteri kewangan kali ini mempunyai tugas hampir mustahil.
Kementerian Kewangan telah ‘rosak teruk’ dengan pengurusan bajet yang tidak ‘sustainable’. Kebergantungan MoF kepada pendapatan minyak akan memberi kesan besar berikutan kejatuhan teruk harga bahan mentah tersebut.
Timbalan Ketua UMMO Bahagian Taiping, Ton Zalani membuat perumpamaan menarik, “UMNO yang menyertai kabinet ibarat lori sampah. Kita akan bersih sampah bertan-tan, bila tertinggal sebungkus dua itu yang orang ungkit dan kritik nanti.”
Oleh Ab Jalil Backer