- Pertemuan bersama Duta China, H.E Ambassador Bai Tian pada 16 Mac
- Menulis secara rasmi kepada rakan sejawat di China, H.E Wang Yi untuk dapatkan bantuan
- Bantuan pertama peralatan tiba di Hospital Sungai Buloh (19 Mac)
Baru 3 hari lepas saya bertemu H.E Ambassador Bai Tian, Duta China ke Malaysia di Wisma Putra untuk bincang mengenai bantuan yang mungkin Kerajaan China 🇨🇳 boleh hulurkan bagi membantu Malaysia tangani wabak #COVID19. Saya juga tulis secara rasmi kepada rakan sejawat di China, H.E Wang Yi untuk dapatkan bantuan facemask, hand sanitiser, #COVID19 test kit dan lain-lain.
Lihat sini:
https://www.facebook.com/72613804354/posts/10157425962594355/
Pagi ini, Kedutaan China di Malaysia maklumkan, bantuan pertama peralatan perubatan sudah dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buloh. Terima kasih kepada Kerajaan China kerana tak tunggu lama untuk bantu. Teringat saya kata-kata Bai Tian masa kami jumpa hari tu – bukit sama didaki, lurah sama dituruni! 💪🏻
Sumber:
https://www.facebook.com/72613804354/posts/10157435453339355/