Susulan mengongsikan berita palsu melalui status yang dimuat naik pada khamis lalu, halaman Facebook rasmi milik Ahli Parlimen Kuantan merangkap bekas Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama ketika era pentadbiran Pakatan Harapan menjadi ‘lubuk’ untuk wargamaya melepaskan kecaman terhadap beliau sekalipun telah membuat permohonan maaf.
Berdasarkan pemerhatian Malaysia Sentral, setiap status yang muatnaik selepas permohonan maaf dibuat oleh Ahli Parlimen tersebut menerima komentar berupa kecaman dan ada juga sebahagian yang mengungkit isu Lynas yang pernah beliau juarai.
Bekas Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Razak melalui status terkini beliau di Facebook menulis;
Tadi saya cuba lawat page FB Ahli Parlimen PH Fuziah Salleh untuk baca reaksi netizens terhadap kes dia menyebar video fitnah yang mencetuskan panik.
Tapi tak dapat cari page dia pulak?
Dia dah nyahaktifkan page dia juga seperti page Hew Kuan Yau dan Nga Kor Ming superfans apabila terkantoi ke?
https://www.facebook.com/YBFuziahSalleh/
Semakan yang dibuat juga mendapati Facebook bekas Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama itu telah hilang dari radar.