Sudah menjadi tradisi dan adat PKR untuk memulakan sesuatu yg baharu dalam senario politik negara bagi menampakkan bahawa PKR adalah agen perubahan; sepertimana semangat pembaharuan polisi kitar-semula dan kempen alam sekitar yg dijalankan oleh kerajaan PKR di Selangor dan DAP di Pulau Pinang, begitu juga dengan apa yg mereka lakukan di PRK P94 yakni mengitar semula si Zaid Ibrahim.
Bezanya ialah tiada denda RM0.40 dikenakan kpd rakyat yg gagal membawa beg plastik sendiri tetapi rakyat akan membayar harga yg lebih tinggi drp denda RM0.40 iaitu tergadai segala harapan dan kemakmuran. Persoalannya kenapa kempen kitar semula ini juga dilaksanakan di peringkat kepimpinan
PKR? Apakah PKR sudah kehilangan bakat-bakat yg berwibawa setelah ramai pemimpin-pemimpin lamanya melakukan penghijrahan secara bergilir-gilir di atas desakan naluri sendiri sehingga terpaksa mengambil langkah ‘desperado’ yg amat terdesak mengitar semula si Zaid Ibrahim yg kononnya seorang pemimpin yg berprinsip?
Berprinsipkah PKR dengan mengitar semula seorang pemimpin yang enggan menerima teguran dan nasihat daripada orang lain? Barisan Nasional tidak pernah mengitar semula ADUN dan AP PKR yg keluar PKR baru-baru ini. Tidakkah ini bermakna Barisan Nasional lebih berprinsip drp PKR ?
Barisan Nasional tidak pernah menghampakan kehendak rakyat jelata selama 53 tahun ini dan tetap berpegang tegoh kepada prinsip perkongsian kuasa yg diamalkan sejak sebelum merdeka walaupun pihak PKR DAP & PAS melakukan pelbagai serangan dan membina persepsi negatif terhadap Barisan Nasional selama 10 tahun.
Malangnya bagi PKR, apabila tidak sampai 3 tahun, mereka yg begitu gah dan sombong dgn kejayaan PRU 12 lalu, gagal mengekalkan kepopulariti mereka serta gagal sepenuhnya dlm mentadbir negeri-negeri yg di bawah pemerintahan mereka.
Nampaknya PKR terpaksa menelan segala ludah-ludah mereka sebelum ini terutamanya PAS.