Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dipecat dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuatkuasa serta-merta.
Selain Dr Mahathir, turut dipecat ialah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Datuk Amiruddin Hamzah, Dr Maszlee Malek dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Kerja Bersatu, Kapten Muhammad Suhaimi Yahya menerusi satu kenyataan lewat petang ini.