Paling hebat, dia tubuhkan BAPAK, kononnya untuk menyaingi Mazlan Aliman dan ANAK. Pelik betul tetiba je dari bidang bekalan air, dia nak melompat pulak ke bidang perladangan dengan mencampuri urusan Felda…apa motif sebenarnya?
Aku difahamkan dari sumber dalaman bahawa dulu pernah ada ura-ura untuk Rozali ni dijadikan Pengerusi Felda, jawatan yang disandang oleh Tan Sri Isa Samad sekarang.
Tapi tetiba mungkin dah takdir Allah, jawatan tu diberikan pada Isa dan membuatkan Rozali hangin satu badan. Mungkin dia dah kecoh bagitahu ramai orang dia akan jadi boss besar Felda. Sekali tak jadi…malu besar le dia! Mau tak hangin satu badan!
Mungkin sebab tu dia tubuhkan BAPAK. Kononnya nak tolong peneroka Felda dan Kerajaan. Dalam masa yang sama, dia hantar memorandum suruh tangguhkan penyenaraian FGV kat Bursa Malaysia.
Memorandum tu dari Gabungan Peneroka Felda Generasi Wawasan Felda Kebangsaan (GEMPAK). Lepas tu dia hasut macam-macam dalam memo tu supaya Isa Samad tak dilantik jadi Pengerusi Felda dan KPF. Dato’ Sabri Ahmad (CEO FGV) pun dia suruh buang! Heh!
Apa maksud memorandum tu?
Aku difahamkan, dia dah atur perjumpaan dengan ketua-ketua peneroka dan aktivis Felda secara diam-diam sebelum ni. Dia hasut dan pengaruh ketua-ketua peneroka ni dengan fakta-fakta ekonomi mengenai Felda yang direka-reka. Mangsa-mangsa ni yang takde background ekonomi ni pun setuju la dengan dia…
Lepas tu katanya dia jumpa pulak dengan Koperasi Permodalan Felda suruh tangguh EGM diorang. Kononnya, takde proposal lengkap pasal FGV tu. Katanya, proposal tu penting untuk diteliti oleh consultant yang diorang nak lantik…
Itu antara isi kandungan utama memorandum Rozali. Aku ada 1 copy memorandum tu..nanti aku ulas pasal benda apa yang Rozali tu nak..satu persatu nanti aku ulas..heh!
Buat masa ni kita concentrate pada agenda sebenar Rozali GEMPAK dulu…
“Bagi mengatasi keadaan yang tidak keruan yang diwujudkan oleh Pengerusi baru Felda itu, GEMPAK mencadangkan YAB Perdana Menteri mengkaji semula kedudukan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda dan Dato’ Sabri Ahmad sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Holdings.”
Persoalan yang dia lontarkan itu jelas menunjukkan dia nak Isa Samad dan Ahmad Sabri jatuh. Kenapa?
Dia kata, ada perselisihan faham antara Ketua Peneroka Kebangsaan dengan Isa Samad yang merujuk insiden Pengerusi Felda itu mengeluarkan kata-kata kurang sesuai kepada Ketua Peneroka tersebut.
Okay. Kalau betul dia nak tolong peneroka Felda, nak tolong Felda dan kerajaan, MENGAPA DIA SURUH ISA DAN SABRI DIBUANG? Perlu ke? Bukankah lebih molek dan lebih ikhlas sekiranya ROZALI MENDAMAIKAN HUBUNGAN ANTARA ISA DAN KETUA PENEROKA KEBANGSAAN tu?
“Pengurusan Felda juga dituduh bersubahat dengan pembangkang, walhal pihak pembangkang menggunakan media elektronik yang lain untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan cadangan penyenaraian FGVH itu dan bukan dari sumber pengurusan Felda.”
Gila ke apa? Macamana pembangkang boleh dapat tahu banyak maklumat dan dokumen sulit mengenai Felda? Takkan la pembangkang dapat dari pengurusan kilang roti kot? Agak-agak la! Dah terang dah ada leakage dalam intergriti ketelusan maklumat dari pengurusan Felda.
Persoalannya, siapa? Dalam hal ini, kalau polis yang investigate, sudah tentu polis akan suspek mereka-mereka yang ada motif tak suka pada subjek! Dalam hal ini, subjeknya ialah Isa Samad dan penyenaraian FGV di Bursa Malaysia.
Jadi, sudah tentulah Isa akan suspek siapa yang menentang beliau dan penyenaraian FGV tu sebagai pembocor maklumat! Yang Rozali dan “partner” dia tu terasa sangat tu apahal? Korang ke yang bocorkan maklumat tu?
Rozali GEMPAK kata lagi…
Pembangkang telah mendapat peluang untuk memanipulasikan isu penyenaraian FGVH itu.