Tindakan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun mengarahkan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad keluar dewan dipertahankan wakil rakyat dari kerajaan.
Ahli Parlimen Indera Mahkota Datuk Saifuddin Abdullah berkata, tindakan dilakukan Azhar adalah tepat selepas Khalid dikatakan menganggu perjalanan sidang Dewan Rakyat.
Saifuddin berkata demikian bagi menjawab hantaran dimuat naik Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim Chee Keong di media sosial yang mengkritik arahan dikeluarkan Azhar.
Jelas Steven, tindakan dibuat Azhar adalah tidak wajar apatah lagi beliau baru sahaja dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Sidang Dewan Rakyat hari ini ‘panas’ susulan pelantikan Azhar sebagai Yang Dipertua Dewan bagi menggantikan Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusoff.
Selain itu, sesi Dewan Rakyat juga menyaksikan Ahli Parlimen Datuk Seri Azalina Othman Said dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi menggantikan Nga Kor Ming yang meletak jawatan.
Pelantikan Azalina sekaligus mencatat sejarah baharu yang mana beliau merupakan wanita pertama dilantik sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat.
YB ada dlm Dewan masa tu. Shah Alam jelas mengganggu ucapan Speaker. https://t.co/9fkvxFF8fy
— Saifuddin Abdullah (@saifuddinabd) July 13, 2020