Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof secara rasmi mengumumkan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih sebagai Ketua Pembangkang.
“Saya berpuas hati Anwar mendapat sokongan daripada ahli-ahli parlimen pembangkang untuk dipilih sebagai Ketua Pembangkang,” kata Mohamad Ariff.
Pada persidangan yang bermula 10 pagi ini, Mohamad Ariff juga menjelaskan prosedur operasi standard (SOP) di Dewan Rakyat, termasuklah langkah penjarakan sosial.
Sidang kali ini akan berlangsung selama 25 hari sehingga 27 Ogos depan.