Veteran DAP, Lim Kit Siang hari ini membuat rayuan terbuka kepada Perdana Menteri, Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya kekal menghormati kehidupan awam dan menggugurkan pendakwaan pengubahan wang haram terhadap menantunya, Betty Chew.
Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata, Betty Chew yang beliau kenali ialah seorang isteri yang setia dan ibu kepada empat cahaya mata yang penyayang.
“‘Penjenayah’ yang mereka sebutkan itu bukan Betty Chew yang saya kenali selama tiga dekad,” katanya dalam kenyataan di sini.
Menurut Kit Siang, beliau berbangga dengan menantunya yang merupakan seorang peguam dan mantan Ahli Dewan Undangan Negeri di Melaka sebelum bersara.

Isteri Guan Eng dan Phang Li Koon ditahan SPRM
Guan Eng didakwa minta suapan 10 peratus Projek Terowong Pulau Pinang