Parti Cinta Sabah (PCS) hari ini mengumumkan ia akan bertanding di semua kerusi yang bakal dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri, menghadapi semua parti di 73 DUN terbabit.
Presiden Anifah Aman menegaskan perkara itu selepas Pengerusi Barisan Nasional, Zahid Hamidi, baru-baru ini dilapor berkata gabungan itu sedang berunding PCS untuk membentuk suatu gabungan pada PRN nanti.
“Kami akan bertanding semua kerusi dan tidak akan berpakat atau bergabung dengan mana-mana parti, terutamanya parti dari Tanah Melayu untuk tujuan pilihan raya negeri ini.
“Tiada perbincangan atau tolak ansur mengenai perkara ini seperti yang dilaporkan di media tertentu,” katanya di Facebook.