PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah.
Bung Moktar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri pagi ini.
Selain Timbalan Ketua Menteri 1, Bung juga memegang patfolio Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah.
Beliau mengangkat sumpah selepas Ketua Menteri Sabah yang baharu Datuk Seri Hajiji Mohd Noor.
Timbalan Ketua Menteri dua adalah Presiden STAR Datuk Dr Jeffrey Kitingan angkat sumpah Timbalan Ketua Menteri Sabah yang turut dilantik Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah
Manakala Timbalan Ketua Menteri 3 Naib Presiden PBS, Datuk Dr Joachim Gunsalam angkat sumpah Timbalan Ketua Menteri Sabah yang turut dilantik Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah
Datuk Masidi Manjun angkat sumpah Menteri Kerja Raya Sabah
Datuk Jahid Jahim angkat sumpah Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah.