Mengiringi Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang. Alhamdulillah pertemuan yang berlangsung selama hampir dua jam penuh dengan semangat ukhuwwah dan mahabbah. Kedua-dua pimpinan tertinggi ini turut berkongsi citra dan semangat untuk terus memastikan MUAFAKAT UMNO-PAS dipertahan dan diperkasakan. Biarlah apa jua tohmahan dan fitnah yang cuba dilontarkan untuk menggagalkannya, yang pasti UMNO-PAS TERUS KEKAL MUAFAKAT!
Antara kata-kata Tuan Guru yang begitu membekas di jiwa saya, “UMNO dan PAS adalah TUNJANG KEKUATAN orang Melayu dan Islam. Kita kena pastikan tunjang ini terus diperkuatkan demi rakyat dan Ummah!”
#MuafakatNasional
#KekalMuafakat
#UMNOPASKekalBermuafakat