Saturday, July 27, 2024

Peristiwa memberi pengajaran

Waktu tidak sesuai tubuh Majlis Tindakan Kemakmuran bersama - pakdin.my

Oleh Isham Jalil

Semalam Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan telah menubuhkan satu lagi jawatankuasa baru iaitu Majlis Tindakan Kemakmuran Bersama (MTKB).

Jawatankuasa ini dianggotai oleh 21 orang Menteri, 4 Ketua Jabatan, 2 ketua syarikat pelaburan kerajaan dan lain-lain.

Mengikut Perdana Menteri, jawatankuasa ini ditubuhkan untuk menentukan dasar dan strategi pelaksanaan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, iaitu dasar jangka panjang negara untuk 9 tahun akan datang.

Semasa saya di Pejabat Perdana Menteri dan Jabatan Perdana Menteri dahulu (2008-2018), antara tugas dan tanggungjawab saya ialah merangka dan menentukan dasar jangka masa panjang dan sederhana negara, oleh itu saya tahu sedikit sebanyak berkenaan hal ini.

Pada hemat saya ada sekurang-kurangnya tiga perkara yang tidak kena berkenaan penubuhan Majlis Tindakan Kemakmuran Bersama (MTKB) 2030 ini sekarang:

PERTAMA, negara sekarang dilanda tiga krisis serentak yang semakin hari semakin teruk iaitu krisis COVID-19, krisis ekonomi, dan krisis demokrasi.

Oleh itu sepatutnya segala usaha dan sumber digunakan oleh kerajaan dan Perdana Menteri untuk menangani dan menyelesaikan krisis di depan mata ini dahulu, bukannya menggunakan sumber kerajaan dan dua per tiga Kabinet (21 Menteri) dengan tugasan tambahan bagi merangka dasar jangka panjang untuk 9 tahun akan datang.

Ramai rakyat sedang menghadapi kepayahan ketika ini dan tidak tahu adakah mereka boleh bertahan sehingga akhir tahun ini, bukannya 9 tahun lagi.

Apabila mereka tidak ada duit untuk makan dan pada masa yang sama terdedah kepada wabak COVID-19, mereka tidak boleh tunggu 9 tahun.

Semasa krisis, kerajaan perlu memastikan pertamanya keadaan hari ini tidak menjadi semakin buruk dan kerajaan perlu fokus dalam menggunakan sumber yang ada termasuk kepakaran, kewangan dan masa untuk tujuan ini.

Usaha-usaha dan inisiatif jangka panjang boleh diteruskan di peringkat pengurusan pertengahan ke bawah tetapi tidak seharusnya menjadi keutamaan Perdana Menteri atau Kabinet semasa krisis, tambahan lagi di kala darurat masih berkuatkuasa.

Melantik 21 Menteri serta Perdana Menteri untuk mempengerusikan jawatankuasa untuk bincang dasar untuk 9 tahun depan di kala krisis bukanlah suatu yang bijak.

Malah ia adalah sesuatu yang dangkal dan membazirkan sumber, malah meningkatkan risiko kepada rakyat yang terdedah kepada kesan krisis-krisis ini dan membahayakan nyawa rakyat iaitu apabila kerajaan tidak fokus atau tidak tahu apa yang mereka (kerajaan) buat.

Ia umpama memanggil mesyuarat keluarga untuk merancang pengubahsuaian rumah untuk tahun depan di kala rumah sedang marak terbakar. Ini tidak masuk akal langsung.

KEDUA, saya lihat jawatankuasa ini terdiri daripada orang-orang lama dipanggil semula, tetapi tidak ada (atau tidak ramai) orang muda atau belia di dalamnya.

Rancangan jangka panjang negara perlu melibatkan lebih ramai orang muda kerana merekalah pemegang taruh terbesar dalam rancangan ini.

Tidak masuk akal jika kita minta atuk-atuk mereka untuk merangka dasar untuk orang-orang muda yang akan menghadapi zaman yang berbeza pada masa hadapan daripada generasi sebelumnya.

KETIGA, di Parlimen telah ada banyak jawatankuasa yang boleh diaktifkan untuk menangani krisis ini mahupun membantu merangka dasar jangka pendek, sederhana atau panjang jika perlu.

Apa yang perlu dibuat adalah buka Parlimen, bukan tubuh jawatankuasa baru untuk memikirkan kemakmuran rakyat 9 tahun akan datang.

Kerajaan perlu fikir bagaimana untuk meringankan kepayahan rakyat dan menjauhkan mereka dari mudarat pada hari ini dulu.

ISHAM JALIL
5 Mei 2021

P/S: Wawasan Kemakmuran Bersama ini dasar semasa PH/Mahathir 22 bulan jadi kerajaan dulu

Tahap kesihatan mental mahasiswa membimbangkan

Tanda-tanda biasa, perubahan mood, corak tidur, tahap tenaga, selera makan; kerengsaan; kesukaran menumpukan perhatian atau membuat keputusan; putus asa tidak berdaya; sukar mengawal emosi; menarik diri daripada rakan dan aktiviti; pemikiran untuk melakukan perkara ekstrem membahayakan diri. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165083

Tasik terbesar di dunia mengering secara mendadak, dan saintis berkata mereka telah mengetahui sebabnya

Walaupun tasik hanya meliputi sekitar 3% daripada planet ini, ia menampung hampir 90% air tawar permukaan cecairnya dan merupakan sumber penting air minuman, pengairan dan kuasa, dan ia menyediakan habitat penting untuk haiwan dan tumbuhan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165071

Sahabat kopi

Usah pendam dan menjeruk hati seorang diri carilah ‘sahabat kopi’ yang kita selesa untuk bercerita. Pilihlah waktu yang sesuai untuk duduk bersama sambil berbual dan menikmati aroma kopi bersama sahabat BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164593

Cabaran ‘syurga’ ganja di Thailand

SEJAK kerajaan Thailand membenarkan penanaman dan penggunaan ganja dalam...

Jangan Sampai Skandal Abdullah Ang Berulang…

(Dari blog pakdin.my) Bekas anggota pasukan Unit Tindakan Khas...

COVID-19: Kes aktif bawah 165 ribu; kes baharu dan kluster semakin berkurangan

Berikut adalah Rangkuman TERKINI Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan...

[VIDEO] Anggota polis didakwa atas tuduhan membunuh Nur Farah Kartini

HULU SELANGOR: Seorang anggota polis didakwa di Mahkamah Majistret...

[VIDEO] Taufan Gaemi landa Taiwan dan Filipina: Tiada Rakyat Malaysia Terjejas – Wisma Putra

Tiada laporan mengenai rakyat Malaysia yang terjejas akibat Taufan Gaemi di Taiwan dan Filipina, menurut Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra).

Nurul Aishah Farhana hilang lagi

Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dilaporkan hilang oleh bapanya apabila tidak pulang ke rumahnya di Taman Semarak, Batang Kali, di sini sejak semalam.

Suami isteri selisih faham, polis rampas pistol dan 18 peluru di Sungai Buaya

Polis menahan seorang lelaki warga tempatan dan merampas sepucuk pistol jenis Steyr GB Austrian 9mm bersama 18 butir peluru di kediamannya di Sungai Buaya, Hulu Selangor, Selangor pada Khamis.

[VIDEO] Asrama SMK Song 1 terbakar, 4 warden dan pelajar selamat

Asrama pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Song 1, dalam Bahagian Kapit, musnah dalam kebakaran, hari ini. Ketika kejadian kira-kira jam 4 petang itu, hanya dua pelajar berada di asrama dua tingkat itu.

Apakah CrowdStrike, syarikat yang dikaitkan dengan gangguan sistem global?

Gangguan komputer global yang menjejaskan lapangan terbang, bank dan perniagaan lain pada hari Jumaat 19 Julai 2024 nampaknya berpunca sebahagiannya daripada kemas kini perisian yang dikeluarkan oleh firma keselamatan siber utama AS CrowdStrike.

Gangguan global siber ‘Crowdstrike’ Microsoft menyebabkan penerbangan tergendala dan menjejaskan perniagaan

Gangguan teknologi global telah menjejaskan operasi merentasi pelbagai industri pada hari Jumaat, dengan syarikat penerbangan menghentikan penerbangan, beberapa penyiar tidak beroperasi dan perkhidmatan daripada perbankan kepada penjagaan kesihatan yang dilanda masalah sistem akibat gangguan teknikal ‘Crowdstrike’ Microsoft Windows.

[VIDEO] PRK NENGGIRI: BN pertaruh calon muda, Mohd Azmawi Fikri

Ketua Pemuda Umno Kelantan Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri bulan depan.

[VIDEO] Wan Ahmad Fayhsal digantung enam bulan dari Dewan Rakyat mulai hari ini – Speaker

Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan, bermula hari ini 18 Julai 2024.

[VIDEO] Ahli Parlimen bertanggungjawab walau ada imuniti, kata Azalina

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said berkata, Ahli Parlimen bertanggungjawab terhadap kenyataan dikeluarkan ketika berbahas di Dewan Rakyat, walaupun mempunyai imuniti.

Popular →

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Belanjawan perlu menyokong pemulihan: BNM

Belanjawan 2021, yang akan dibentangkan pada 6 November ini,...

Eksport getah asli negara meningkat

Sarung tangan getah adalah item eksport utama dengan nilai eksport meningkat sebanyak 14.0 peratus daripada RM2.78 billion pada Jun 2020 kepada RM3.17 billion pada Julai 2020, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan, hari ini.

BELANJAWAN 2021: Elaun Sara Hidup Nelayan yg dipotong PH dikembalikan kepada RM300

Kerajaan mengumumkan elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan daripada...

Tiada pengarah, kakitangan Sapura Energy disiasat di Brazil

Sapura Energy Bhd menjelaskan tiada pengarah atau kakitangannya disiasat...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Selain membuktikan kadar pinjaman PH adalah jauh lagi tinggi, ini bermakna kerajaan PN masih ada ruang untuk meminjam bagi menambah bantuan Covid dan untuk merangsangkan ekonomi bila diperlukan.

Topik →

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Tindakan polis berdasarkan perundangan

Penolakan permohonan peguam untuk bertemu atau berkomunikasi dengan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika direman diputuskan mengikut peruntukan undang-undang.

[VIDEO] Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis

Datuk dan nenek sebelah bapa kepada kanak-kanak austime, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemui mati dibunuh pada 6 Disember lalu, ditahan polis petang ini.

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Peguam bantah tindakan polis cuba rekod pengakuan ibu di mahkamah

“Ibu Zayn Rayyan tidak buat sebarang pengakuan bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, tetapi dia hanya merekodkan keterangan berhubung kejadian yang berlaku,” kata peguam, Mahmud Jumaat.

[VIDEO] Ibu Zayn Rayyan dibawa ke rumah, ‘lakon semula’ kejadian kehilangan anaknya

Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mateen, yang kini berada dalam tahanan reman polis bagi membantu siasatan pembunuhan anaknya, dibawa kembali ke kediaman mereka dekat Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini 10 jun 2024.

Polis akan mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan

Polis akan memohon sambungan reman ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu, esok 7 Jun 2024.

[VIDEO] Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari berdasarkan perkembangan terbaharu siasatan

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.

Kes bunuh Zayn Rayyan: 2 kanak-kanak sempat lihat Zayn sebelum hilang

Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Zayn Rayyan Abdul Mattin di Block R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, petang 5 Disember lalu.

Zayn Rayyan: Polis temukan beberapa bahan bukti dalam pemeriksaan kali kedua

Memasuki hari ketujuh siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, polis menemukan beberapa lagi barang bukti hasil pemeriksaan kali kedua yang dilakukan dari rumah ke rumah, di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, malam tadi.

🎦 Unit Forensik PDRM buat lagi saringan DNA penduduk Apartment Idaman

Kira-kira empat kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat memasuki pekarangan blok perumahan sekitar Apartment Idaman, Damansara Damai di sini malam ini.

🎦 Anggota forensik periksa rumah Zayn Rayyan

Tiga anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir di Apartmen Idaman, Damansara Damai, buat kali kedua untuk mengumpul bukti berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan.
Tolong lah subscribe: