KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat pada Selasa meluluskan Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.
Rang undang-undang berkenaan diluluskan tanpa sebarang pindaan.
Cadangan akta baru itu dibentangkan semalam untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Penggubalan rang undang-undang itu selaras dengan hasrat kerajaan melakukan perubahan dan pembaharuan dalam landskap politik negara, sekali gus mewujudkan ruang demokratik mencukupi untuk perbezaanpendapat dan persaingan idea.