Tun Dr Mahathir Mohamad yang dirawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, di sini selepas menjalani pembedahan kecil, dibenar pulang Khamis.
Bekas perdana menteri itu menjalani pembedahan kecil untuk membuang polip nasum (nasal polyps) Selasa lepas.
Beliau dibenar pulang pada pukul 10.30 pagi, kata kenyataan yang dikeluarkan pembantunya.
“Beliau sihat dan doktor berpuas hati dengan keadaannya,” kata kenyataan itu.